silence

quality content once in a decade

28 March 2014

"No, I don't hate cats!"

4 comments
27/3/2014

My brothers, grandmother and I went out for dinner at Nasi King Briyani *andalas.

Selepas order nasi briyani dan pelbagai lagi, tiba-tiba seekor kucing datang bertandang ke bawah meja kami. Ala biasa la gesek-gesek kaki. Manja-manja. Masalahnya kucing tu besar do. Aku tak boleh la kucing besar2 ni. Terancam (I'm not really into cats tho)

Then tetiba rasa macam air tau kat kaki kiri aku. Memang aku syak kucing ni kencing la.

Me: "EE kucing!" dalam nada separa marah macam tu la.


Ada satu family (consists of a mother, a father and daughters macam 4 orang kot) kat sebelah meja aku pandang-pandang slack. Aku agak mereka ni penggemar kucing kot dan pelik asal aku tak suka kucing.


In my head: "No no no, don't get me wrong. I don't hate cats."

Aku pun berlalu ke tandas sebab nak basuh kaki. Seminit juga aku pintal-pintal kaki ini.

*Eating time lol melantak

Family sebelah tadi pun habis makan dan bila diorang nak bla, the mother came to our table and asked my grandmother

The mother: "Ini mak ______ (my mother's name) eh?"

It turned out that they are my neighbours from my previous house. Dia kata anaknya cam aku. Wow ni mesti yang sekali dengan aku kat nursery kecik-kecik dulu. Aku agak je la sebab aku tak ingat langsung satu pun muka anak dia.

Dia pun terkejut aku dah habis spm dah drive semua. haha sorry maam i don't recognize you but thanks for remembering me.


20 March 2014

Nothing to do here *flies with jetpack*

6 comments
Akhirnya, berakhirlah penantian yang memeritkan.

Actually i'm not that nervous to take the results. Masa awal-awal lepas amik SPM tu macam cuak la jugak then last2 tak rasa apa2. Feelingless. It's like, you know, aku tak target tinggi mana pun. Cukup sekadar untuk memuaskan hati semua pihak. 

My parents berangkat pergi umrah hari ni, so they can't come along to SBPI Gopeng. Pergi dengan saudara je berdua. 

Sampai je sekolah, terus cari dewan. Takde tempat lain dah. Fuhh ramainya rakan-rakan yang telah ambil results masing-masing. Tahniah tahniah.


First orang yang greet aku dalam dewan semestinya my bestfriend, Bin. "Wey tuts, gi lah amik results. tu kat cikgu azman tu." sambil menunjuk ke arah depan dewan.

"Kalau tak nak amik boleh tak?"

Menuju ke hadapan cepat jalan. aku pun bergerak ke cikgu azman.

Cikgu Azman: "Fuhh syamil. Rambut style apa tu? Jangan buat macam ni."


"Cikgu nak cakap dua benda je syamil. Pertama, balik ni potong rambut." Sambil menghulurkan slip keputusan, "Kedua, bm ni pergi recheck balik."

Boom. Mindblown. BM B+

but yang lain semua A. Alhamdulillah


Bin ajak recheck sebab Chemistry dia B+. Last2 aku tak jadi bila aku bagitau mak aku. Katanya let it go je. Well as long as my parents are happy, I'm happy.


Full results:

Bahasa Melayu (B+)      
Bahasa Inggeris (A+)                     
Sejarah (A+)             
Mathematics (A+)                
Additional Mathematics (A+)        
Physics (A+)            
Chemistry (A-)        
Biology (A-)            
Pendidikan Quran & Sunnah (A)    
Pendidikan Syariah Islamiah (A-) 
Bahasa Arab Tinggi (A)        

Seriously, aku target Bio dapat B kot. With no doubt. Masa jawab tu macam tak baca apa2. Soalan yang keluar memang lain dari apa yang aku baca. Alhamdulillah dapat A-

How come i got a B for the language that I use everyday.
blerghh 


Anyway, my school ada 31 orang dapat straight A. Congratulations to all. 

12 March 2014

Bad weather

1 comment
So lagi seminggu result SPM akan diumumkan


Well that's not what i'm going to discuss in this post.

Malaysia is getting hotter each day. Well at least at my place. I wish i can do this all the time.


Wildfires are everywhere. Setiap hari masa balik dari office je mesti nampak hutan terbakar di kiri kanan highway KESAS.

And this, leads to haze all around Klang Valley. Recently i've got cough because of the bad, bad weather.


*I am still upset about not getting the ticket to taylor's tour

After five days missing, flight MH370 is still yet to be found. No clues, no wreckage, no nothing. Let's pray for them. Allah Maha Mengetahui.


What i don't understand is why are some people so insensitive about this incident and even make jokes about this. There are families crying and all you be is an a**hole? Please pay some respects.

Just now i heard about this ritual by bomoh-bomoh untuk mengesan MH370 yang hilang tu. STUPIDEST THING EVER! Who came up with this idea? Boleh merosakkan akidah.

05 March 2014

"Yeah sure, take left"

2 comments
So today after i came home from work i decided to jog.

I felt i really need some fresh air to release stress sikit.

Lol no. Actually people are complaining i'm getting fat, so i need to get in shape.


So dengan semangat waja, aku jog dari rumah ke Taman Rakyat (Andalas, Klang). Selalu naik kereta, tapi kereta masuk bengkel kan, jog jelah. Jauh kot. Sampai sana dah penat. haha teruk

Selalunya aku akan ikut orang lain yg tengah jog. For motivation kot. Kalau jog sorang macam takde matlamat je.


Dalam third round ni aku jalan la kejap. Nak kumpul stamina balik. Then aku dah ready, ada orang jog past me. Aku pun apa lagi, follow la.

Then ada simpang ke kiri. Tetiba orang yang aku follow tu bersuara

"Kamal, sini ke?" sambil menunjuk ke kiri. At least that's what I heard.


Dia tanya lagi sekali. "Mal, kiri ke?" Dia pandang belakang and realized i'm not kamal. He took the left turn and I just went straight. lol

04 March 2014

It's March and I'm depressed

3 comments
My crush got herself a boyfriend.


I feel really lonely right now


Taylor's tour ticket is sold out.


NO, TAYLOR! I WON'T BE ALRIGHT! I need to freaking see you in front of my own freaking eyes! And now i can't. My hopes shattered like glass falling onto the ground.


 I freaking give up.

03 March 2014

Not a single cent was spent

No comments
whoaa dah lama tak update.

28/2/2014

Aku berserta hareez (acai) dan luqmanul (manjet)  bergerak ke kampar dengan menaiki ets.

Dalam pukul 3.30 petang macam tu kitorang sampai ke sekolah. Kami ke sana untuk 'train' pemain2 basketball sekolah (niat sebenarnya nak main je). Dalam pukul 4.00 macam tu luqman hanif (bin) dan azhar (caad). Pukul 4.15, asyraf (acap mar) dan kamal (pod) sampai.

Tinggal kat kuarters guru kot. haa korang ado?

5.30 kitorang turun nak tengok bebudak training. Rabu depan ada HK Basketball. So miss gan (guru basket) suruh kitorang lawan dengan team sekolah tahun ni. Perghh baru main sekejap dah pancit.


Sebenarnya dalam list orang yang nak datang, bin dengan caad ni takde. so kira diorang dtg secara haram jelah. Malam tu diorang nak makan pun sorok2 sebab PK HEM kitorang tu memang allergic benda2 haram mcm ni. Mau melenting kalau dia tau.


1/3/2014

4.00am i magically woke up and can't get back to sleep. so i booted up bin's laptop. tiba-tiba acap mar terjaga and tak boleh tidur gak. Tengok cerita Tangled sampailah subuh.


8.00am Pagi tu terus train basketball.

12.30pm Miss ema (my english teacher) datang nak bawa kami keluar jalan-jalan. bin yang mesej cikgu. kalau nak tahu kitorang memang rapat gila ngan miss ema. siapa set dia la. Aku, bin, acap mar dan manjet yang ikut. Pod dah balik rumah dia time ni. Acai ngan Caad pergi jusco kinta city.

Ke Aeon Station 18! dalam kereta tu memang lawak. kitorang buat2 gelabah masa teacher drive. teacher pun ikut gelabah sekali.


Sampai2 memang lapar gila


Kami beli tiket wayang dulu. Pilihan tak banyak. Antara citer Non-Stop dgn American Hustle. Aku suggested tengok American Hustle sebab banyak nominated untuk oscar. Lagipun ada Bradley Cooper ngan Christian Bale kot.

Teacher bayarkan semua kot. RM75. Siap keluarkan RM50 empat keping lagi tu. Show off betul miss ema ni. haha

Then we went to Pizza Hut (my suggestion too) sementara nak tunggu wayang. Order set apa ntah nama dia, ada satu large pizza, satu regular pizza, air dua jag, mushroom soup 6 dan garlic bread dua. Kami fikir2 tak cukup kot so tambah lagi satu large pizza.

Ten minutes later the food came


Bill, RM127.50. Kami semua dah cakap la kat teacher nak bayar sikit2. Tapi last2 teacher bayarkan semua gak. Rasa bersalah pun ada tapi rasa best pun ada. haha.

Masa tengok American Hustle awal2 tu, ya rabbi, bosannya


Nasib baik last2 menarik. Plot twist. I've made the right choice.

Hari tu memang tak spend apa-apa lah. Sebelum balik tu kami belikan chocolate Toblerone besar punya untuk miss ema.

6.30pm sampai sekolah. Kitorang tanya mereka yang ke jusco kinta city, diorng cakap citer non-stop bosan gila. American Hustle for the win!


Tak cukup keluar siangnya, malam tu kitoang pinjam kereta cikgu sharibi nak pergi kedai makan cari nasi goreng pattaya. Kat pekan gopeng ada satu kedai siam. Memang mantap cakap hang nasi goreng dia. Pukul 12.30 we called it a day.

-To be continued-