Syamil H.

Syamil Hafiy

31 December 2013

Awkward Pakcik is Awkward

7 comments
Okay, this noon my youngest brother, Amar and i were buying lunch for the family at a typical restaurant.

"Kak, ayam kari satu, ikan keli sambal satu, ayam masak merah dua. Nasi tiga"

Sementara menunggu tu aku duduk la dulu. Depan meja aku tu ada dua orang pakcik tengah sembang-sembang. Si Amar ni suka sangat dngan kucing, dia mainlah dengan kucing kat belakang pakcik dua orang ni. Aku tersenyum melihat gelagat Amar itu.

Then tiba-tiba pakcik yang belah kiri mula senyum2 ngan aku.

"Alamak dia ingat aku senyum kat dia. Kena buat sesuatu ni." bisik hatiku.

Aku pun dengan segan silunya membalas


Lepas tu dia mula mengangguk sambil senyum. lol dia betul-betul ingat aku senyum kat dia. Aku pun apa lagi angguklah sekali.


Aku alihkan pandangan cepat-cepat then buat tak tau je. Memang awkward gila kata ko. Aku yang awkward ada lah.

Dah dapat apa yg dipesan, aku ngan Amar pergi ke 99 speedmart lak nak beli ice cream.

Masa nak bayar tu, cashier tu tetiba bersuara. Aku tak dengar sangat so i be like


Rupa-rupanya dia cakap dengan pekerja lain sorang. damn malu facepalm to myself please


kbye

30 December 2013

Why I'm Still Single

5 comments
The problem is actually myself.

Everytime I meet a beautiful girl i'm attracted to them. Like, something is attracting me to them. Demn you girls korang ada pakai magnet apa hah. Susah nak kawal beb haha but i know itu semua hanya suka-suka. Whenever i saw a pretty girl i be like, 


Then bila terjumpa lagi sorang yang cantik,


Jalan-jalan ternampak cute girl tepi jalan i be 


Oh please


 Aku tahu ini semua suka sebab fizikal. So suka yang jenis ni takkan kekal betul tak.

But when i like a person not for her physical but her attitude (anyway she's cute too) , she be like


Tapi sejauh mana aku suka sesorang tu takkan sama dengan cintaku terhadap taylor swift. I LOVE YOU TAYLOR



Tengok, sweet kan kitorang alololo comey gituu hha

 lol i just don't care about love life yet. Not the time la kawan-kawan. Sekarang masa untuk menimba ilmu. I plan to finish my study first then baru nak berjinak-jinak dengan dunia cinta. Dapatkan degree, cari duit dulu then boom!

Tapi kita ni hanya membuat perancangan, Allah yang akan tentukan. Jodoh ada di tanganNya.

29 December 2013

Lepas SPM Pun Ada Exam

1 comment
(Exam undang-undang dan teori berkomputer)

So i got about 5 days before the exam since the ceramah kpp. People said the questions will be easy, just do the exercises from the book they said.

At first i thought they're talking the truth. Soalan ujian penglihatan, papan tanda dengan pemanduan berhemat seems easy. Sampai ke soalan KEJARA kejadah tu, mak aih


Nampaknya aku kena study gak untuk bahagian ni. Baru seminggu habis SPM dah kena study balik


Me training for the exam (I downloaded an illegal software that is the same like on the exam)


12/12/2013 Exam day

I met my newly made friends. Masing-masing nak bajet nervous je. Member yang sorang ni ex-MRSM, buku kpp tu sepanjang masa melekat kat tangan dia beb. Patutlah cemerlang. So kami sampai di pusat (MyEG Klang) tu dalam pukul 9 and took turn. Dkat tempat menunggu tu, memang pack macam sardin. My friends and i lepak kat luar.


Okay, it's 12.30. Imagine berapa lama kitorang tunggu. Tak efficient langsung dammit! Then tetiba pekerja myeg tu buat pengumuman, "Maaf, sistem kitorang jammed. Kamu semua boleh keluar dulu makan tengah hari. Ada kedai kat hujung sana." Lagi dammmmn. And her face was like very innocent man sheitzz you

Pukul 2 barulah turn kitorang ambil exam tu. Bila tengok soalan, emm dah buat. next, dah buat. next, boleh jawab. 13 minit 45 saat kemudian, aku pun siap semua soalan.


Final result, i got 47/50. Yang salah semua kat bahagian B. Lantak ko! My MRSM friends just now, he got 49/50 like, what the heck are you, alien? Two of my fellas didn't pass the test awww pity them but they took the test again two days later and pass it with flying colour.

kbye

28 December 2013

Went Shopping Recently

1 comment
AEON Bukit Tinggi

Adik2 aku beli barang sekolah. Saw people shopping for school uniforms, bags and all and in my mind i was laughing for them. Serves them right siapa suruh belum habis sekolah.


But then my parents forced me to hold the plastic bags for my siblings.


Dah siap tu, I saw a chinese girl that looks like Chloe Moretz. Damn pretty!


Tu je point nya. Nak gelak kat kome yang masih bersekolah.

Selamat kembali ke sekolah kanak-kanak sekalian and have fun like Steve down here!


Sehari di Ceramah KPP

1 comment

7/12/2013

6.30 am and I'm up that day. Bersiap.

Pergi ke sekolah memandu tu dia bawa la ke Pusat Memandu Kenderaan Klang dengan menaiki van. Aku duduk belakang dengan beberapa orang strangers. Like seriously aku keseorangan tanpa kawan time tu. I tried to make friend with someone who looks vulnerable and i be like


Okay but now we are friends okay and dkat PMKK tu jumpa lagi a bunch of peers so kami berlima jadi satu geng. like we walked together to the canteen to the hall and everywhere


Then we are told that kelas pagi dah penuh so kena tunggu sampai pukul 2 pm. WHAT THE heck memang kami semua mencarut-carut time tu. dah la baru pukul 9.30 liddat. Kena tunggu lagi berapa jam? 4 jam?


Kami pergi makan dulu. Makan2 sembang2 dkat canteen tu lama jugaklah. Tengok jam baru pukul 10.30. Jalan2 dkat litar usya2 orang tengah practice motor dan kereta. Untunglah mereka ada lesen L. Member sorang ni memang ada keyakinan yang tinggi, semua amoi kat situ dia nak tegur. Aku macam biasalah cool je tak join benda2 macam ni. My definition of cool,


Dah bosan memancing satu ikan pun tak dapat kami pun masuklah ke ruang menunggu. Tengok tv cerita Armor hero (kot) sedang ditayangkan. Layankan jelah daripada buat benda tak berfaedah. Semua yang tengok muka teruja je walaupun dah berjambang segala. Aku sampai tertidur kat situ sebab bosan sangat.


Armor Hero habis juga akhirnya. Lepas tu Detective Conan yang real punya pula. Yang ni terujalah aku.


Pendekkan cerita, pukul 2.30 pm bermulalah ceramah kami. Berpadanan dengan masa, memang sesuailah untuk kami tidur. Tapi nasib baik penceramah dia kelako kata ko. Lagipun siapa tertidur akan dimalukan oleh penceramah tu. Ada sorang brader ni tertidur jdi bahan je. Nak kesian tapi tak nak kesian pun ada. Lantak ko lah.

Ceramah KPP selalunya 4-5 jam tapi kitorang punya 3 jam lebih je. Dah petang sangat katanya. Ada juga kebaikannya. Menyirap lah wey kena tunggu dari pagi. Pukul 6 kami pulang. Tamat.

04 December 2013

No more school, kids

1 comment


Guess what, kids? i'm outta school already. fo real!

no more another year at school. no more spm.

3 december 2013, the last day i'm in school and then i'm gone once and for all. yeah sure i would miss all of those memories. youth is only once, right? lepas ni nak reunion ke nak hangout dengan member-member dah susah dah. masing-masing ada job masing-masing. rumah jauh-jauh belaka. bukan semua orang ada masa. semua ikut haluan masing-masing lepas ni. at least masa sekolah dulu semua gerak bersama. well, welcome to real life, myself. where all sort of things are done by you and yourself only. and of course dengan bantuan parents (I love you). 

wait, kita belajar dari darjah satu sampai tingkatan lima kan. kenapa rasa macam semalam je masuk zaman persekolahan (ayat cliche but who cares). singkat je masa ni sebenarnya. cepat sangat berlalu bagaikan petir yang menyambar pepohonan. daftar sekolah awal tahun, pejam celik pejam celik, dah habis setahun. time awal2 spm, cakap "lama gila spm sebulan", dua minit lepas tu dah habis spm dah. memang pantas. tak sedar. i guess the fun i had with my friends that made time to pass swiftly.

so, rutin tahunan lepas ni memang lain. perghh rasa janggal la pulak sebab dah sebelas tahun pergi daftar kat sekolah masa bulan satu, tapi lepas ni takde dah. dah tak pergi sekolah dah. pergi pun masa bulan tiga (kot) nak ambil result spm. masa tulah kita akan lihat perkembangan diri member-member. di situ juga kita akan dapat bertemu member-member yang botak sebab dipilih untuk menjadi wira wirawati negara. lucky me sebab tak dapat. so kepada kawan-kawan yang dapat tu gunakanlah peluang sebaiknya untuk membina badan yang korang idamkan selama ni. hahaha

lesen. hmm dalam masa terdekat ni nak ambil lesen kereta, then we're gonna party! hahaha. plan lepas spm? biarlah rahsia dulu. plan dah ada bila dah buat nanti baru aku bagitahu.

sedih la. life wouldn't be the same after this. thanks friends for making my life better and i sure cannot live without you guys. keep in touch okay. sayang korang do. serious.










02 June 2013

Add Mathematics Project Made Me A Kid Once More

No comments

And I asked my friends, they be like: "Don't worry, we didn't do it too." Then when we're back at school...


13 February 2013

We Love Cornell Notes - Said no one ever

No comments
  Pada tanggal 22 Januari 2013, telah berlangsung suatu ceramah yang kononnya boleh memberikan ktorang pelajar-pelajar Tingkatan 3-5, SBP Integrasi Gopeng suatu kesedaran dalam diri untuk terus belajar. Namun selepas berlangsungnya ceramah itu kami dapati apa yang kami perolehi hanyalah lirik lagu Hello dan Knife. Anda mungkin tak tahu lagu apakah ini kerana lagu-lagu itu adalah lagu jiwang klasik yang hanya dilayan oleh 'Daddy' iaitu penceramah terbabit.

  Ceramah yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu sangatlah membosankan kurang menarik sehinggakan hampir 70% pelajar tertidur semasa sesi ceramah itu berjalan, termasuklah diri penulis sendiri. HAHA. Dari segi isi yang disampaikan, zero! Takde isi langsung. Sembang sorang je 'Daddy' tu. Dari segi penyampaian, sangatlah kurang efektif. Daddy bagaikan marah apabila dia menge-sound pelajar-pelajar yang tidur secara halus dan berhemah.

gambar hiasan


  Pada slot yang pertama, Daddy telah memperkenalkan sebuah sistem penulisan nota yang dikenali sebagai 'Nota Cornell'. Nota ini dibuat dalam satu kumpulan 5 hingga 7 orang dan setiap seorang hanya perlu membuat nota untuk satu tajuk dan maka mereka akan bertukar-tukar nota tersebut dalam kalangan ahli kumpulan tersebut. Tidak faham? Baca balik dan fahamkan. Cara cornell yang dikatakan baru oleh Daddy ini sebenarnya telah lama digunakan, iaitu sejak zaman cikgu2 sekolah lagi. Cara yang baru ialah mindmapping lah Daddy...

  Pada slot keseterusnya, Daddy telah mengadakan program 'How to improve your English' or whatsoever the title lah! Daddy akan memainkan lagu-lagu jiwang classic english (Hello dan Knife) dan menyuruh kami menyalin lirik-lirik lagu tersebut, like, dafuq? Apa yang kami dapat improve kalau salin lirik? Jika ktorang tak salin habis, dia akan ulang lagu-lagu tu walaupun dah sepuluh kali ulang. Sementara kami salin tu, Daddy pun karaoke lah lagu tu. Then, Daddy suruh kami translate lirik lagu tersebut kepada BM. Lagilah, tak faham apa motifnya. HUHU.



Dua lagu yang kami ingati hingga ke hari ini.

  Slot ketiga pula dikendalikan oleh seorang bekas calon SPM yang mendapat 10A dan belajar di China/Jepun kot (antara dua negara tulah). Tak ingatlah nama dia. Sorry ye bang, hehe. Kononnya nak ceritalah macam mana dia berjaya, macam mana nak berjaya macam dia dan macam mana nak dapat straight A or whatsoever. Yah, as I expected, sembang sorang. Pelajar-pelajar masing-masing terbuai lena dek keindahan mimpi. Adalah juga pelajar yang tak tidur dan memberikan fokus. Aku tabik lah kat diorang sebab boleh sampai ke tahap itu.

  Slot keempat aku tak pasti apa aktivitinya, tapi banyak orang karaoke. Tu kot sesi terakhir ceramah tu. Ramailah karok lagu-lagu yang ada dlm lappy Daddy tu. Maher Zain lah, Malique lah, Black lah, Selena Gomez lah, Demi Lovato lah. Macam-macam. And siapa yang participate tu Daddy bagi RM10 sorang. Banyak betul duit Daddy ni. Haha. Persembahan duet oleh Harith (@HarithNasr) dan Luqman (@LuqmanAR2) yang mendendangkan lagu Teman Pengganti telah mendapat tepukan yang gemuruh dek kerana kelantangan suara dan vokal mereka.

  Maka berakhirlah sesi ceramah bersama Daddy dan krew2 produksinya. Kami rasa kami telah burn satu hari tu dngan perkara yang tidak memberi manfaat. Namun, Daddy memberitahu sekolah kami adalah antara sekolah yang banyak memberi respons terhadap ceramahnya. Kalau macam tu, bayangkanlah sekolah lain macam mana kan. So, sampai sini jelah pengalaman sehari aku pada hari itu. Wassalam.