silence

quality content once in a decade

24 February 2014

Scumbags shouldn't drive

2 comments
Alhamdulillah. 

Itu je yang boleh aku kata.

Balik dari office pukul 5.30, sampai rumah pukul 7:30. Padahal setengah jam dah boleh sampai. Kenapa? Traffic jammed ke? Huu perkara lain yang terjadi.

Ceritanya gini. Aku passenger, cousin aku driver. Naik Myvi (KERETA AKU) je. Memang balik ikut jalan biasa la di Jalan Raja Nong di Bandar Puteri. Tengah excited la ni sebab hari ni balik awal (selalunya pukul 6).

Tetiba ada kereta dari opposite side masuk lane kitorang.


Scumbag ni nak potong lori.


"ALIP, KERETA!" Cemas dowh. Sumpah.

I still remember the scene. One by one. Bila tengah laju, lepas tu kereta si scumbag pun tengah laju. Perghh seram nakharom bhai. Cousin aku pun steer ke kiri sambil tekan brake macam nak mati. Fuhh, tak langgar. Alhamdulillah.


Nope. bukan habis kat situ je. Cousin aku (Aliff) hentam la brake kan. Myvi, mana ada anti-lock braking system (ABS). Habis kereta drift sana drift sini. Serious aku cakap ni. Banyak juga kereta time tu. Nasib baik dengan kecekapan Aliff ni, dapat elak semua kereta dan hentam side barrier kat tepi jalan.

Yang si scumbag ni pulak buat tak tau terus bla. Panas beb panas. Nombor plat tak tahu, model kereta pun tak sempat nak cam. Memang berlaku dalam 0.001 saat je. Yang aku pasti warna hitam la keretanya.


Tayar depan belah kiri pecah, bumper tercalar pastu dislocated sikit, and gandar (axle) belah depan bengkok habis. Ala yang sambungkan tayar dengan tayar tu. Alhamdulillah tiada siapa yang tercedera.

Mantap seh ada stripes
My dad and my cousin's mom (my aunt) arrived.

Mula-mula memang try ganti tayar tu. tapi memang dah takleh buat apa. Gandar dah dislocated.

Hmm panggil tow-truck. Dalam pukul 7:10 baru sampai. My aunt and cousin pergi balai nak lodge report for insurance. My dad and I went home first.

Nak repair agak-agak dalam dua minggu, kata si pemandu tow-truck tu. Ribu-ribu jugalah nak tukar axle tu. Huih gawat gawat.

Pagi tadi baru je dapat lesen P. Baru plan nak tampal sticker P bila dah sampai rumah petang tadi. Baru ingat nak bawa kereta sendiri pergi office pada esok hari.


Tapi aku tahu perancangan Allah itu lebih baik. Ada hikmah di sebalik kejadian ni.

Aku nak pesan satu je. Kalau kau ni berperangai scumbag ke douchebag ke, tolonglah jangan drive. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain tau tak. Tak pasal-pasal je.

My license is here, and so will Taylor.

1 comment

BOOYEAH Shiny!

Lepas ni dah boleh pergi office (Kota Kemuning) naik kereta sendiri.

----------Topic transition----------


So, korang tahu tak pada tahun ni Taylor Swift akan bertandang ke Malaysia untuk #RedTourAsia? Haa nak habaq kat hangpa la. Uish excited aku ni girlfriend nak datang mai. Details are shown below

                              Date    : 11 June 2014
                              Venue  : Putra Indoor Stadium (KL)

Birthday aku 10 Jun, Taylor pula akan datang pada esok harinya wahhh kalau lah aku dapat pergi, memang the greatest birthday present ever!!

Alolo I love you too Taylor
Tapi sebelum apa-apa pun aku dah dapat kesan masalah yang terbesar, which is, financial problem. I saw this pic on twitter which shows the ticket prices. Mak aihh gugur segala rambut aku. Korang review la sendiri.


Bebudak loaded boleh la pergi ni. Hurmm this is a discrimination. Seems like i have to save money from now on. Tickets can be brought starting 1st of March. Come on, money, come to papa.

Oh yeah, semalam kan, masa aku take a nap, termimpi aku jumpa dengan Taylor, siap selfie lagi dengan dia. Tinggi gila dia. The feeling was so real! The surrounding, the everything! Excited smpai sakit jantung.

Blergh, keep dreaming, Syamil.

cair sampai jadi liquid sampai jadi water vapour

14 February 2014

Last Battle to P License

8 comments
Pusat Memandu Kenderaan Klang / 9.00am

check nama, tengok-tengok ada di sesi 2.

dalam pukul 10 ada taklimat pasal do's and donts. benda-benda yang biasa didengar. orang sebelah aku siap main candy crush lagi. apa entah yang bestnya.

dah habis tu kitorang kena tunggu sementara sesi 1 nak habiskan. dalam pukul 11:30 kitorang (sesi 2) dipanggil untuk buat bahagian II (bukit, parking dan 3 penjuru). MasyaAllah pada masa tu gua shaking satu badan bhai. nervous tahap gaban do.

and then my magic number is called, "68!"


first challenge bukit. okay, relax syamil. mendaki memang baik punya. berhenti memang 100% tayar depan dalam garisan kuning. memang gua bangga la kan. then my nightmare begins. menuruni bukit. aku memang lemah sikit bab ni. first buat, alamak kenapa kereta ni tak mau jalan.


masa tu mula lah terfikir macam-macam. "macam mana kalau gagal, kena bayar lagi, malu dengan member, malu dengan family. i cannot lost hope. i can do it!" semua ni berlaku dalam masa 0.01 saat sahaja.

alright, tekan minyak slow-slow and steady. lepas clutch baik-baik. tarik handbrake. AAANNNNNNNDDDDD I DID IT! akhirnya kereta tu meluncur ke depan.


parking dengan tiga penjuru aku rasa tak payah explain because they are DAMN EASY!

dah amik kertas pengesahan dari pegawai jpj, kami kena tunggu turn untuk ujian jalan raya pula. masa tu dah lebih kurang pukul 12:10pm

dah pukul 12:30 tu pegawai cakap suruh rehat sampai pukul 2:00. maknanya pergi solat jumaat dulu la. aku dan kawan aku ni, sufyan, plan nak jalan kaki la pergi masjid yang berdekatan. pergh matahari tegak atas kepala. panas nakharom! 

jauh jugaklah masjid tu. bila dah sampai, tengok-tengok masjid tu tak buat untuk solat jumaat.


nasib baik dekat dengan kawasan perumahan. jalan-jalan kat situ nampak sorang pak cik siap berjubah dan berserban baru nak keluar rumah dengan kereta. kami tanpa segan silunya minta tumpang keretanya untuk ke masjid. Alhamdulillah, ada transport.

---------Solat Jumaat---------

lepas solat tu pula kami tumpang cikgu yang ajar memandu kat pusat memandu tu. segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.

masa kitorang sampai sekolah memandu tu baru pukul 2:30 kot. turn kitorang pun belum lagi so relax jelah.

ujian jalan raya pun tak banyak kisahnya. segalanya berjalan dengan lancar walaupun dengan pegawai yang he-who-does-not-talk. markah yang diperolehi 17/20. okaylah tu lulus lepas ni dah tak payah repeat. fuhh


sufyan ni pulak nama dia last so aku kena tunggu dia (turn 88). sekejap je pun. akhirnya, kami lulus dengan markah yang sama. haha. tak mengapalah asalkan lulus. bila habis tu, rasa freedomnya, macam baru lepas menang perang tu. sangatlah berharga.

so now? waiting for my P license to come out. wooohooooo

04 February 2014

Spending Time After SPM

No comments
Last week I started working for my father's company. In the office.

Most of the times my works are typing things that I don't even know what I'm writing. Adult business. In the office ada my aunty and my father's company partner and me.

Now the company (and some other companies) is doing a parking lot project at ktm seksyen 19 so more work to be done.


As someone that's in front of the computer all the time, the job is pretty easy. And usually i finished the work given in a short time. Apa susahnya nak guna Words dengan Excel. And my aunty once said, "Syamil, laju kau buat kerja."

I be like,


But I know her work is a lot lot lot more than mine. Apalah sangat aku ni sebagai lepasan SPM yang belum dapat result. Haha.

Sometimes bila dah takde kerja tu aku layan Game of Thrones yang aku bawa dari rumah. hehe. I've prepared for it all. Office tu sejuk pun, sejuk. Memang layan habiss. Kat rumah tak sempat nak tengok. Terasa jugak rasa bersalah relax2 time orang lain buat kerja tapi lantakkan jelah.

So i guess sampai result keluar nanti inilah cara aku spend time.

Oh yeah, ahad lepas aku pergi ke kedai gunting rambut untuk mengemaskini rambut aku. I said,

"Baya, jangan potong atas." jangan potong atas jangan potong atas

Dia pun start dengan memesin rambut tepi. perghh nampak semart la pulak. Then dia keluarkan gunting. Ingatkan dia nak adjust sikit je atas. Sekali kau, macam shit. Dia potong dengan selambanya rambut2 berharga di bahagian atas. Nak halang dah terlambat. Siot betul.

Aku bela dah 3 bulan bhai. Rasa pedih di hati bagai ni. Nasib baik panjang lagi.


Bye nak meratapi kehilangan rambut yang banyak.