silence

quality content once in a decade

18 December 2015

Do things. Don't just study.

3 comments
Life is long enough (InsyaAllah) to do just one thing. Especially for those studying in University.

Orang kata time dekat Uni la kita kena belajar buat banyak benda, macam-macam perkara. Sebab time ni la kita ada ngan kawan-kawan, banyak masa terluang dan tak payah fikir nak sara sesiapa. Bukan duk bilik study 24 jam sehari semalam.


Aku tak kata study tu tak penting. CGPA tu memang sangat penting. Tapi kena cari pengalaman jugak untuk masa hadapan. Kalau ada peluang nak masuk apa2 event, masuk je. Ada chance nak jadi AJK untuk handle sesuatu program? Grab it. Selain dapat pengalaman, kita jugak boleh dapat kenalan baru. Dan mana tahu, boleh terjumpa jodoh.

Sebagai seorang yang susah nak berkenalan dengan orang lain (sebab malu), aku gunakan cara ni untuk kenal dengan orang. Sejak semester 1 aku dah join macam2 program dekat u ni. Selalunya aku jadi AJK Multimedia. Function dia buat poster untuk mempublisitikan program tersebut. Dengarnya mudah, kan?

Dengan cara ni aku dapat kenal ramai orang. Dari senior course aku sampailah ke manusia-manusia dari course lain. Nampak tak function kalau join program.

(Being a mechanical engineering students that makes a lot of posters for events, occasions, etc, my friends always ask me; "Kenapa tak masuk course Multimedia?" Well, I just like to try new things and to learn using a photo editing software is one of them. Tak semestinya kalau aku belajar Engineering je aku tak boleh belajar melukis, memasak or even baking cakes. Learn things.)

Selain tu, play sports. Play as many sports as you can. Futsal, takraw, ping pong, basketball, etc. Semua tu aku pernah main. Tak pro takpe asalkan reti main. Dengan sukan jugak aku dapat ramai kenalan dari course lain. Kalau ada pertandingan antara course ke, participate. Badan pun sihat, minda pun cergas :)


Lagi satu, jangan habiskan masa siang korang dengan tidur. Serius membazir masa. Buatlah benda lain yang lebih berfaedah. Kalau malas, bacalah novel ke bukak sikit buku Thermodynamics ke. Nak tidur sekejap boleh tapi jangan sampai malam tu tak boleh tidur lepas tu esok pagi pishang kat kelas takleh fokus.

11 November 2015

Focus in class, kids

5 comments
Result for the 3rd semester has just came out today. And guess what, I get what I deserved.

Well tak lah teruk sangat tapi lebih teruk daripada result sem-sem lepas. Dengan satu subjek (dammit Solid Mechanics) dapat gred C, maka GPA yang aku dapat ialah 3.12 . Dean list jangan harap la kan. Habis CGPA aku jatuh teghuk woi! Apakah usaha sem 1 dan 2 tergadai begitu sahaja?

Awal-awal tadi aku cakap aku deserve result ni kan. Haaa nak explain la ni. I've been missing (ponteng) classes and sleeping in class all semester long and that kind of the main reason I flopped the sem. Yes I barely kept my focus during those classes (High Engineering Maths and Solid Mechanics mostly).


Selain tu, aku jugak mudah kalah terhadap godaan internet. Twitter, 9gag, Instagram dan Clash of Clans memang lah lahanat sebab berjaya menarik perhatian aku daripada dengar lecture. Plus the high-speed internet in the lecture hall kan. Hmm apa pun tak jadi. Mulai sem depan aku dah berazam nak off phone sepanjang class berjalan. Ini perkara benar, so support me okay haha.

Sebenarnya kan, untuk aku, fokus dalam kelas ni merupakan perkara yang terpenting dlm pembelajaran. Sejak dulu lagi, teknik belajar aku ialah focus in class and then do whatever the hell you want outside the class. Tanyalah kawan-kawan aku, diorang mana pernah tengok aku study time masa-masa terluang. Kalau sehari sebelum exam je aku study. And my results are okay that way.

What I'm trying to point out in this post is, please focus and pay your full attention to the lecturer during class. Phone letak lah dalam beg ke off ke. Jangan layan semua notification yang masuk tu, tu semua godaan durjana. And kalau boleh elakkan tidur. Buy some snacks to eat (kacang, chewing gum or anything) untuk keep your mind fresh.


Don't ever ever EVER ponteng kelas. Sedarlah mahasiswa mahasiswi sekalian, kalau lecturer tu ajar sekali dia takkan ulang dah. And kalau korang tak dapat tangkap asas bagi sesuatu topik tu, memang hang parah tau tak. Bila orang dah move on ke topik sebelah kau terhegeh-hegeh baru nak pahamkan topik sebelumnya (this was me btw). So kita memang nak elak benda ni.

Biarlah yang lepas tu menjadi pengajaran dalam hidup kita. Timbalah ilmu dari kesilapan kita. You know what they say, kesilapan itu adalah guru terbaik. Aku rasa sampai sini je post kita pada kali ini. C ya.

15 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

2 comments
Dikala semua umat islam tengah buat persiapan untuk beraya, aku sibuk membuat persiapan untuk mendapatkan Biasiswa PIDN JPA. Inilah padahnya tak nak buat kerja awal-awal. Kahkah

So begitulah ceritanya. Alhamdulillah setelah apply untuk dapat biasiswa JPA (guna result sem 2), aku dapat tawaran tu. Awal sem 2 tu nak apply tapi terlambat dan dia pun dah tutup tawaran. So terpaksa tunggu satu sem lagi. So sekarang aku bertungkus-lumus nak siapkan dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa Perjumpaan Bersama JPA nanti.


Terubat juga luka di hati ini setelah di-reject pada sem 1 sebab BM tak dapat A masa SPM dulu. So adik-adik belajarlah BM molek-molek tau. Jangan pandang rendah kat BM. Dia boleh menyeksa kehidupan anda.

So kembali kepada tajuk asal kita, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua!

Maafkan ana andai terdapat salah dan silap (memang ada) dari segi tingkah laku ana, perkataan yang keluar dari mulut ana, atau perkara-perkara yang ana tak sedar yang menyakitkan hati antum semua. Ana mintak maaf lagi sekali. Ana cumalah manusia biasa yang melakukan kesilapan :'(


Have a safe one! And great too. Peace kbye