Syamil Hafiy

18 December 2015

Do things. Don't just study.

3 comments
Life is long enough (InsyaAllah) to do just one thing. Especially for those studying in University.

Orang kata time dekat Uni la kita kena belajar buat banyak benda, macam-macam perkara. Sebab time ni la kita ada ngan kawan-kawan, banyak masa terluang dan tak payah fikir nak sara sesiapa. Bukan duk bilik study 24 jam sehari semalam.


Aku tak kata study tu tak penting. CGPA tu memang sangat penting. Tapi kena cari pengalaman jugak untuk masa hadapan. Kalau ada peluang nak masuk apa2 event, masuk je. Ada chance nak jadi AJK untuk handle sesuatu program? Grab it. Selain dapat pengalaman, kita jugak boleh dapat kenalan baru. Dan mana tahu, boleh terjumpa jodoh.

Sebagai seorang yang susah nak berkenalan dengan orang lain (sebab malu), aku gunakan cara ni untuk kenal dengan orang. Sejak semester 1 aku dah join macam2 program dekat u ni. Selalunya aku jadi AJK Multimedia. Function dia buat poster untuk mempublisitikan program tersebut. Dengarnya mudah, kan?

Dengan cara ni aku dapat kenal ramai orang. Dari senior course aku sampailah ke manusia-manusia dari course lain. Nampak tak function kalau join program.

(Being a mechanical engineering students that makes a lot of posters for events, occasions, etc, my friends always ask me; "Kenapa tak masuk course Multimedia?" Well, I just like to try new things and to learn using a photo editing software is one of them. Tak semestinya kalau aku belajar Engineering je aku tak boleh belajar melukis, memasak or even baking cakes. Learn things.)

Selain tu, play sports. Play as many sports as you can. Futsal, takraw, ping pong, basketball, etc. Semua tu aku pernah main. Tak pro takpe asalkan reti main. Dengan sukan jugak aku dapat ramai kenalan dari course lain. Kalau ada pertandingan antara course ke, participate. Badan pun sihat, minda pun cergas :)


Lagi satu, jangan habiskan masa siang korang dengan tidur. Serius membazir masa. Buatlah benda lain yang lebih berfaedah. Kalau malas, bacalah novel ke bukak sikit buku Thermodynamics ke. Nak tidur sekejap boleh tapi jangan sampai malam tu tak boleh tidur lepas tu esok pagi pishang kat kelas takleh fokus.

3 comments :

Nazira Hazwani said... Reply To This Comment

Nice entry. I do agree about it >:D

Aqilah Azmi said... Reply To This Comment

Suka post ni!!!!!!!! Thank you Syamil Hafiy!

Ahmad Rafi said... Reply To This Comment

Thank u SyamilHafiy..!