silence

quality content once in a decade

26 December 2010

Jom tengok Dinosaur!

No comments

ASSALAMUALAIKUM


Apa khabar semua orang hari ni? Sihat? Alhamdulillah. Saya ni tak berapa sihat, mata kena conjunctivitis. Tahu tak apa itu conjunctivitis? Kalau dah tahu tu takpa lah. Kalau tak tahu , apa lagi. Google saja! Adoii, asyik gatal je mata ni. Sampai merah dua-dua belah ni, garuuuu je. Memang tak tahan lhaa . Wahahaha~

Perggh, semalam penat lorhh. Seharian tak balik rumah. Mula-mula tu pergi tengok dinosaur. Ni lhaa yang nak ajak korang pergi tengok dinosaur ni. Pameran dinosaur ni ada kat Pusat Sains Negara tau, kat KL sana tuu. Sumpah cakap, macam real worh dinosaur kat sana. Dengan pergerakan dia lagi. Sound effect lagi, takyah citer lhaa. Kuat tuuu suara dinosaur. Padahal terang-terang ada speaker kat situ. HAHA.

Tapi kalau korang tak payah pergi dulu pun takpa. Banyak lagi tu yang belum siap sepenuhnya kot. Dinosaur pun tak lhaa banyak sangat. Agak hampa juga lhaa. Ingatkan banyak lhaa sangat. Rupanya sikit saja. Ish ish ish.  Eh eh, lupa nak bagitau korang. Pameran ni namanya Dino's Alive tau. Google saja nama tuu, nanti keluar lhaa info-info yang korang nak.

Ataupun takpayah susah-susah. Korang pergi saja sini : Dino's Alive 2010 Malaysia




Oke, tuh je kot untuk kali ni. Oh ya, hari ni saya pergi tengok wayang tau. Sori eh takleh balas kunjungan korang buat sementara. Thanx support blog ni ya everyone  =)

20 December 2010

Boleh Dapat Kencin' Manis Ni

9 comments

ASSALAMUALAIKUM

Apokehenya yang dapat kencing manis ni? Haha , baca, baca ! Ceritanya begini ,  tadi saya dan family pergi la makan malam di sebuah restoran ni. Nama restoran haruslah disensored agar tidak terdapat kerugian. Nanti takde orang datang kang. Kesian .. Oke oke , sambung balik cerita .

Saya seperti biasa , malas nak pikir nak order apa , order je lah my favourite food iaitu Nasi Goreng Pattaya ! YAWW ~ dan my favourite drink , Teh Ais ! Apokehe minum teh ais malam-malam? Saja jea nak try . HUHU . 

So , apa yang manis sangat sampai leh dapat kencing manis ni ? TEH AIS adalah jawapannya ! Manis gila vavi arh . Susu dia banyak sangat . Sampai nak jadi putih macam air susu je air teh ais tu . Saya sebagai penggemar teh ais berhak untuk memberi kritikan ! HUHU ~ Agaknya ratio Susu to Teh adalah [1.5 : 1]. Eh eh , boleh pula ye buat kiraan mathematic kat sini . HEHE .

apa jadi ek?

Saya tak minum sampai habis pun . Bungkus bawak balik rumah. Tak terminum saya . Dah la manis gitu , banyak pulak tu . Ish ish ish . Tapi takpa , kita haruslah bersyukur kerana diberikan rezeki yang melimpah ruah. Nasib baik kita dduk Malaysia. Kalau kat Africa tu, tak dapat semua benda tu .

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal . Assalamualaikum .

P/S: tak suka manis-manis gitu , sakit gigi dibuatnya .

16 December 2010

[Tutorial] Tukar Ayat asal LinkWithin

7 comments
Gambar kasi saspens

Hari ni gatal pula tangan ni nak buat tutorial. HAHA . Oke , hari ni saya nak tunjuk cara-cara untuk tukar ayat LinkWithin yang asal. Alaa, ayat yang ni : "Anda mungkin juga meminati:" Haaa ! kalau korang dah bosan dengan ayat tu , korang boleh tukar ! Camna cara dia ? Nak ajar lah ni . baca entri ni sampai habis tau .

Ayat asal:
lama



Ayat baru:
baru


Oke, cara dia simple je ,

Step 1: Pergi Dashboard > Design > Page Element
Step 2: Klik Edit pada gadget LinkWithin
Step 3: Tambah code di bawah ini di bahagian atas code <script>

<script>linkwithin_text='AYAT BARU'</script>

contoh .

Step 4: Lepas dah selesai , Save seperti biasa .

Tadaaa ! Dah siap pun =)

19 November 2010

Sekolah Sesi 2010 -TAMMAT-

4 comments
*entri ni guna kata ganti nama 'aku', boleh ?

Setelah setahun aku bertungkus-lumus belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, akhirnya selesai sudah sesi persekolahan tahun 2010. Tahun ni dah banyak sangat peristiwa suka mahupun duka yang aku alami. Yang happy, happy sgt, yang sedih, sedih sgt. Bercampur aduk. Eishh, susah la nak describe perasaan aku sekarang ni.

Perasaan happy ade la jugak. Sebab takyah la nak boring-boring kat sekolah tak buat ape2.

Tapi, perasaan sedih ni rasa banyak pulak. Nak tinggalkan kawan2 lagi. Diorang dah la duduk kat area2 shah alam. Aku ni kat Klang. Susah la nak jumpa ngan diorang. Kawan2 aku dah la ade yang kena buang asrama. Ada yang pindah lagi . Sedih doe. Tahun depan dah tak dapat jumpa dah kawan aku tu. Ntah2 aku pun kena buang asrama jugak ke, tapi harap2 tak la. Wea, sedih giler doe. Camne ni! ARGGGHH !


tahun depan boleh buat camni lagi tak ?

Cikgu dah la ramai pindah tahun depan . Ntah kenapa la aku sedih sgt sekarang ni.

lagu ni aku khaskan untuk kwn2 aku yang akan dibuang asrama tahun hadapan dan juga guru-guru yang akan berpindah pada tahun depan .

Yang Benar,