silence

quality content once in a decade

27 October 2012

Futsal di Waktu Malam

No comments
Assalamualaikum,

"Kehidupanku di SBP Integrasi Gopeng berjalan seperti biasa, sehinggalah pada suatu malam..."

Aku dijemput untuk menyertai perlawanan futsal di dataran sekolah pada jam 0300 (tarikh dan hari tak ingat). Selepas tamat menonton bola, kami pun bergerak ke dataran. Masa tu pukul 0230, aku belum turun lagi. Aku layan cerita Wrong Turn 3 masa tu dengan Anas Mat Rahim dan Shakir Fauzi. Tamat sahaja cerita tu, kami pun bergerak ke dataran untuk menyertai yang lain.

Malam tu memang gelap. Bola dah lah hitam, main dkat dataran yang takde lampu pula tu. Tapi, stamina pada malam itu bagaikan tiada batas. Seronok gila main malam tu. Jarum jam di dataran sekolah ligat berputar sehinggakan kami tak sedar jam dah menunjukkan 0345.


"Alang-alang dah pukul 3:45 ni, kita main sampai pukul 4 lah terus." salah seorang rakanku berkata-kata. Yang lain pun setujulah. Benda seronok, takkan nak lepaskan, kan? Maka kami pun main sampai pukul 0400. Tiba-tiba seorang rakanku yang digelar Itik lari ke asrama. Dia ada berbisik kepada Boyak sebelum itu. Kami yang terpinga-pinga ini pun lari lah juga, ingatkan ada apa. Rupanya ada pak guard tngah usha kitorang sambil menongkat motor. Sampai asrama, kami berkumpul. Dah setel semua, kami pun tidur.

Kesan-kesannya
Oleh sebab tak nak sembang panjang, aku cerita pengakhirannya terus. Kami akhirnya tertangkap dan mengakui perbuatan kami. PK HEM memutuskan untuk menggantung outing dan balik kami sehingga raya haji, yakni sekarang. Perit gila duduk asrama 6 minggu tanpa balik dan outing. Tapi kini kami telah bebas ibarat burung berterbangan di udara.