Syamil H.

Syamil Hafiy

29 February 2012

Life will be different after this.

No comments
Assalamualaikum warahmatullah,

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, kini aku meluangkan serba sedikit masa untuk menulis. Mungkin anda semua tertanya-tanya ke manakah aku selama ini, mungkin juga tidak. Sebenarnya, kesibukan membuatkan aku tidak berkesempatan untuk menulis di blog ini lagi. Tambahan pula, sifat malas yang menyelubungi diri pula kelihatan semakin merebak.

Dua hari sudah aku bertungkus-lumus berjumpa dengan cikgu itu, cikgu ini, akhirnya dengan rasminya aku telah berhenti dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Hebat pada pagi tadi. Sebenarnya, aku telah ditawarkan ke SBPI Gopeng yang terletak di Perak. See what I mean? Life will be definitely different after this.

Lepas ni semua lain. Kawan-kawan, guru-guru, persekitaran, masa yang diperuntukkan dan sebagainya, semua lain. Bukan nak kata menyesal dengan keputusan yang telah saya buat ini. Sumpah aku akan rindu semua kenangan dengan #SMKS18HEBAT . Sedih gila kena tinggalkan sekolah ni :(


Sumpah sedih. Baru nak rapat-rapat dengan cikgu, junior semua, dapat tawaran pula. Kenapalah SBPI tak tawarkan masa pertengahan tahun ke.. Adalah masa sikit. Hari ni dengan semalam pun aku tak ambil periksa sepertimana kawan-kawan aku yang lain. Rasa janggal je berkeliaran dekat sekolah sorang-sorang macam orang gila, masa orang periksa pula tu.

Nanti dekat sekolah baru, aku tak tau apa lagi ragam manusia yang akan aku jumpa, apa persekitaran yang akan aku jumpa, dan apa lagi situasi yang akan aku jumpa. Semuanya akan terjawab esok, apabila aku mendaftarkan diri ke asrama tersebut. So, wish me luck okay?

I can't expect what comes next. I will just pray and hope for the best. Segala yang berlaku ada hikmahnya, kan?

Don't worry, we will meet again one day.