silence

quality content once in a decade

15 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

2 comments
Dikala semua umat islam tengah buat persiapan untuk beraya, aku sibuk membuat persiapan untuk mendapatkan Biasiswa PIDN JPA. Inilah padahnya tak nak buat kerja awal-awal. Kahkah

So begitulah ceritanya. Alhamdulillah setelah apply untuk dapat biasiswa JPA (guna result sem 2), aku dapat tawaran tu. Awal sem 2 tu nak apply tapi terlambat dan dia pun dah tutup tawaran. So terpaksa tunggu satu sem lagi. So sekarang aku bertungkus-lumus nak siapkan dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa Perjumpaan Bersama JPA nanti.


Terubat juga luka di hati ini setelah di-reject pada sem 1 sebab BM tak dapat A masa SPM dulu. So adik-adik belajarlah BM molek-molek tau. Jangan pandang rendah kat BM. Dia boleh menyeksa kehidupan anda.

So kembali kepada tajuk asal kita, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua!

Maafkan ana andai terdapat salah dan silap (memang ada) dari segi tingkah laku ana, perkataan yang keluar dari mulut ana, atau perkara-perkara yang ana tak sedar yang menyakitkan hati antum semua. Ana mintak maaf lagi sekali. Ana cumalah manusia biasa yang melakukan kesilapan :'(


Have a safe one! And great too. Peace kbye