silence

quality content once in a decade

27 October 2012

Futsal di Waktu Malam

No comments
Assalamualaikum,

"Kehidupanku di SBP Integrasi Gopeng berjalan seperti biasa, sehinggalah pada suatu malam..."

Aku dijemput untuk menyertai perlawanan futsal di dataran sekolah pada jam 0300 (tarikh dan hari tak ingat). Selepas tamat menonton bola, kami pun bergerak ke dataran. Masa tu pukul 0230, aku belum turun lagi. Aku layan cerita Wrong Turn 3 masa tu dengan Anas Mat Rahim dan Shakir Fauzi. Tamat sahaja cerita tu, kami pun bergerak ke dataran untuk menyertai yang lain.

Malam tu memang gelap. Bola dah lah hitam, main dkat dataran yang takde lampu pula tu. Tapi, stamina pada malam itu bagaikan tiada batas. Seronok gila main malam tu. Jarum jam di dataran sekolah ligat berputar sehinggakan kami tak sedar jam dah menunjukkan 0345.


"Alang-alang dah pukul 3:45 ni, kita main sampai pukul 4 lah terus." salah seorang rakanku berkata-kata. Yang lain pun setujulah. Benda seronok, takkan nak lepaskan, kan? Maka kami pun main sampai pukul 0400. Tiba-tiba seorang rakanku yang digelar Itik lari ke asrama. Dia ada berbisik kepada Boyak sebelum itu. Kami yang terpinga-pinga ini pun lari lah juga, ingatkan ada apa. Rupanya ada pak guard tngah usha kitorang sambil menongkat motor. Sampai asrama, kami berkumpul. Dah setel semua, kami pun tidur.

Kesan-kesannya
Oleh sebab tak nak sembang panjang, aku cerita pengakhirannya terus. Kami akhirnya tertangkap dan mengakui perbuatan kami. PK HEM memutuskan untuk menggantung outing dan balik kami sehingga raya haji, yakni sekarang. Perit gila duduk asrama 6 minggu tanpa balik dan outing. Tapi kini kami telah bebas ibarat burung berterbangan di udara.

29 February 2012

Life will be different after this.

No comments
Assalamualaikum warahmatullah,

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, kini aku meluangkan serba sedikit masa untuk menulis. Mungkin anda semua tertanya-tanya ke manakah aku selama ini, mungkin juga tidak. Sebenarnya, kesibukan membuatkan aku tidak berkesempatan untuk menulis di blog ini lagi. Tambahan pula, sifat malas yang menyelubungi diri pula kelihatan semakin merebak.

Dua hari sudah aku bertungkus-lumus berjumpa dengan cikgu itu, cikgu ini, akhirnya dengan rasminya aku telah berhenti dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Hebat pada pagi tadi. Sebenarnya, aku telah ditawarkan ke SBPI Gopeng yang terletak di Perak. See what I mean? Life will be definitely different after this.

Lepas ni semua lain. Kawan-kawan, guru-guru, persekitaran, masa yang diperuntukkan dan sebagainya, semua lain. Bukan nak kata menyesal dengan keputusan yang telah saya buat ini. Sumpah aku akan rindu semua kenangan dengan #SMKS18HEBAT . Sedih gila kena tinggalkan sekolah ni :(


Sumpah sedih. Baru nak rapat-rapat dengan cikgu, junior semua, dapat tawaran pula. Kenapalah SBPI tak tawarkan masa pertengahan tahun ke.. Adalah masa sikit. Hari ni dengan semalam pun aku tak ambil periksa sepertimana kawan-kawan aku yang lain. Rasa janggal je berkeliaran dekat sekolah sorang-sorang macam orang gila, masa orang periksa pula tu.

Nanti dekat sekolah baru, aku tak tau apa lagi ragam manusia yang akan aku jumpa, apa persekitaran yang akan aku jumpa, dan apa lagi situasi yang akan aku jumpa. Semuanya akan terjawab esok, apabila aku mendaftarkan diri ke asrama tersebut. So, wish me luck okay?

I can't expect what comes next. I will just pray and hope for the best. Segala yang berlaku ada hikmahnya, kan?

Don't worry, we will meet again one day.

20 January 2012

Form 4 Bukan Tahun Honeymoon

1 comment
Assalamualaikum warahmatullah,

Sorry for letting you guys waiting, lama gila kot tak menulis entri panjang2. Yeah, tahun ni adalah tahun yang agak sibuk ye sebenarnya. And aku setuju dengan kata-kata cikgu yang tahun ni (Form 4) bukanlah tahun untuk kita berbulan madu. Malahan kita perlu melipat kali gandakan usaha kita untuk menghadapi SPM pada tahun depan.

Mana taknya, banyak subjek baru yang lebih gempak masa form 4 nih. Biology, chemist, physics, add maths. Semua tu perlukan kefahaman yang tinggi tau tak. Dah tu, sekejap bahasa melayu, sekejap bahasa inggeris. Pening aku dibuatnya. Nasib baik pengetua sekolah aku seorang yang berwibawa. And nampaknya tak pindah la aku tahun ni --'