Syamil Hafiy

24 February 2014

Scumbags shouldn't drive

2 comments
Alhamdulillah. 

Itu je yang boleh aku kata.

Balik dari office pukul 5.30, sampai rumah pukul 7:30. Padahal setengah jam dah boleh sampai. Kenapa? Traffic jammed ke? Huu perkara lain yang terjadi.

Ceritanya gini. Aku passenger, cousin aku driver. Naik Myvi (KERETA AKU) je. Memang balik ikut jalan biasa la di Jalan Raja Nong di Bandar Puteri. Tengah excited la ni sebab hari ni balik awal (selalunya pukul 6).

Tetiba ada kereta dari opposite side masuk lane kitorang.


Scumbag ni nak potong lori.


"ALIP, KERETA!" Cemas dowh. Sumpah.

I still remember the scene. One by one. Bila tengah laju, lepas tu kereta si scumbag pun tengah laju. Perghh seram nakharom bhai. Cousin aku pun steer ke kiri sambil tekan brake macam nak mati. Fuhh, tak langgar. Alhamdulillah.


Nope. bukan habis kat situ je. Cousin aku (Aliff) hentam la brake kan. Myvi, mana ada anti-lock braking system (ABS). Habis kereta drift sana drift sini. Serious aku cakap ni. Banyak juga kereta time tu. Nasib baik dengan kecekapan Aliff ni, dapat elak semua kereta dan hentam side barrier kat tepi jalan.

Yang si scumbag ni pulak buat tak tau terus bla. Panas beb panas. Nombor plat tak tahu, model kereta pun tak sempat nak cam. Memang berlaku dalam 0.001 saat je. Yang aku pasti warna hitam la keretanya.


Tayar depan belah kiri pecah, bumper tercalar pastu dislocated sikit, and gandar (axle) belah depan bengkok habis. Ala yang sambungkan tayar dengan tayar tu. Alhamdulillah tiada siapa yang tercedera.

Mantap seh ada stripes
My dad and my cousin's mom (my aunt) arrived.

Mula-mula memang try ganti tayar tu. tapi memang dah takleh buat apa. Gandar dah dislocated.

Hmm panggil tow-truck. Dalam pukul 7:10 baru sampai. My aunt and cousin pergi balai nak lodge report for insurance. My dad and I went home first.

Nak repair agak-agak dalam dua minggu, kata si pemandu tow-truck tu. Ribu-ribu jugalah nak tukar axle tu. Huih gawat gawat.

Pagi tadi baru je dapat lesen P. Baru plan nak tampal sticker P bila dah sampai rumah petang tadi. Baru ingat nak bawa kereta sendiri pergi office pada esok hari.


Tapi aku tahu perancangan Allah itu lebih baik. Ada hikmah di sebalik kejadian ni.

Aku nak pesan satu je. Kalau kau ni berperangai scumbag ke douchebag ke, tolonglah jangan drive. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain tau tak. Tak pasal-pasal je.

2 comments :

Anonymous said... Reply To This Comment

so sad dear one

Anonymous said... Reply To This Comment

ouch, seram deh