check nama, tengok-tengok ada di sesi 2.
dah habis tu kitorang kena tunggu sementara sesi 1 nak habiskan. dalam pukul 11:30 kitorang (sesi 2) dipanggil untuk buat bahagian II (bukit, parking dan 3 penjuru). MasyaAllah pada masa tu gua shaking satu badan bhai. nervous tahap gaban do.
and then my magic number is called, "68!"
first challenge bukit. okay, relax syamil. mendaki memang baik punya. berhenti memang 100% tayar depan dalam garisan kuning. memang gua bangga la kan. then my nightmare begins. menuruni bukit. aku memang lemah sikit bab ni. first buat, alamak kenapa kereta ni tak mau jalan.
alright, tekan minyak slow-slow and steady. lepas clutch baik-baik. tarik handbrake. AAANNNNNNNDDDDD I DID IT! akhirnya kereta tu meluncur ke depan.
parking dengan tiga penjuru aku rasa tak payah explain because they are DAMN EASY!
dah amik kertas pengesahan dari pegawai jpj, kami kena tunggu turn untuk ujian jalan raya pula. masa tu dah lebih kurang pukul 12:10pm
dah pukul 12:30 tu pegawai cakap suruh rehat sampai pukul 2:00. maknanya pergi solat jumaat dulu la. aku dan kawan aku ni, sufyan, plan nak jalan kaki la pergi masjid yang berdekatan. pergh matahari tegak atas kepala. panas nakharom!
jauh jugaklah masjid tu. bila dah sampai, tengok-tengok masjid tu tak buat untuk solat jumaat.
nasib baik dekat dengan kawasan perumahan. jalan-jalan kat situ nampak sorang pak cik siap berjubah dan berserban baru nak keluar rumah dengan kereta. kami tanpa segan silunya minta tumpang keretanya untuk ke masjid. Alhamdulillah, ada transport.
---------Solat Jumaat---------
lepas solat tu pula kami tumpang cikgu yang ajar memandu kat pusat memandu tu. segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.
masa kitorang sampai sekolah memandu tu baru pukul 2:30 kot. turn kitorang pun belum lagi so relax jelah.
ujian jalan raya pun tak banyak kisahnya. segalanya berjalan dengan lancar walaupun dengan pegawai yang he-who-does-not-talk. markah yang diperolehi 17/20. okaylah tu lulus lepas ni dah tak payah repeat. fuhh
sufyan ni pulak nama dia last so aku kena tunggu dia (turn 88). sekejap je pun. akhirnya, kami lulus dengan markah yang sama. haha. tak mengapalah asalkan lulus. bila habis tu, rasa freedomnya, macam baru lepas menang perang tu. sangatlah berharga.
so now? waiting for my P license to come out. wooohooooo
8 comments :
cmne buat gambar gerak?? gne burst ke?
@yal hidayah eh tak la. search kat google je. hahaa
tahniah da dapat lesen... ^_^
congratz :))
hhahhhahah congrats lah ye syamil :D
Hahahaahhaha amboi dgn serban bagai hik bagus lah tu huhuhu
:D
thats so ravennn
ecehhh syok ahh nak dapat P dah jap g. hahaha.
Post a Comment