quality content once in a decade

14 May 2011

Study Last Minute: Masuk Otak Ke?

6 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


korang semua sihat wal'afiat tak hari ni? bagi sesiapa yang terlupa, hari ni hari sabtu ye. selangor hari ni hari tanpa beg plastik. kalau korang nak shopping tu bawak la beg masing-masing ye. dapat jimat duit dan memelihara alam sekitar! yay!




okey, hri ni aku nak bincang satu subjek dan predikat  tajuk; kalau kita study last minute, boleh ingat ke apa yang kita belajar. iyelah, aku kan PMR tahun ni. nak tau gak cara-cara paling berkesan dalam proses pembelajaran.


well, bagi aku teknik study last last minute ni boleh digunakan dan ia berkesan untuk aku. sebenarnya ia bergantung pada daya minda seseorang. lain orang lain cara belajar kan? tapi otak kita ni sama je sebenarnya. cuma cara kita menggunakannya je lain-lain. kalau dia lebih suka belajar awal-awal dan berkesan, dia patut guna cara tu.


aku ni tak boleh study awal-awal, nanti lupa apa yang aku belajar tu. aku rasa ramai orang yang bersifat macam aku kan? suka study last minute; esoknya exam, malam tu baru study. sebabnya, aku tak suka stress. aku study pun ala kadar sje. mungkin korang pikir yang study lewat2 ni lagi stress, tu korang punya pasal la kan. huhu. kata cikgu-cikgu, study last minute ni tak digalakkan. study awal2 lagi bagus kata mereka.


aku pernah gak terpikir, study awal2 memang ada kebaikannya. aku pernah gak nak try cara ni. tapi secara jujur la, aku memang tak boleh ikut style ni. aku kene study last minute gak. betul weh tak tipu. that's my style you know. yang paling penting ialah kita percaya yang kita boleh lakukannya.


rasanya tu jer yang aku boleh bagitau. konklusinya, ada orang yang boleh belajar last minute, dan ada yang tak boleh. wassalam ..


p/s: khamis ni mid-year exam! argggh

6 comments :

emieysandra said... Reply To This Comment

same la kite ;)

Hani Nabilia said... Reply To This Comment

err sy plak tak ley study last minit...huhuh

FatimahZahra said... Reply To This Comment

betul , study awal2 bukan ingat pun

Iqbal said... Reply To This Comment

baru gempak study last minute , hahaha :)

Cik Pipi said... Reply To This Comment

study last minute , boleh ingat banyak time exam .

Anonymous said... Reply To This Comment

HMMM...AKU PUN SLALU STUDY LAST MNUTE.TP,X TAU LA..BTL2 MSK OTK KE X.KTE SEBAYA LA...AMK ALIRAN APE?