Syamil Hafiy

16 May 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu

No comments

Pada 16 Mei ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru ataupun bekas guru di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia. Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Memang tak terbalas jasa cikgu. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. Tanpa cikgu, siapalah saya.

Selamat Hari Guru khususnya untuk;
  1. Guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam,
  2. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang,
  3. Ustaz/Ustazah di Sekolah Rendah Agama Al-Ainani dan Sekolah Rendah Agama Klang Jaya, 
  4. Ustaz/Ustazah yang pernah mengajar saya mengaji,
  5. Guru-guru tuisyen yang pernah mengajar saya,
  6. dan umumnya untuk semua guru dan bekas guru di Malaysia dan seluruh dunia.



Cikgu yang mengajar menulis dari A sampai Z, Alif sampai Ya dan 1 sampai 10. Cikgu yang mengajar membaca buku Peter and Jane, dan macam-macam lagi. Cikgu, saya ingin minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya perbuatan atau pertuturan saya menyinggung perasaan cikgu. Saya sedar yang saya ni hanyalah insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan.

Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah dan seterusnya ke Universiti. Tanpa cikgu, kita tidak akan sampai ke mana-mana pun.

JIKA HARI INI,
Seorang Perdana Menteri berkuasa,
Seorang Raja menaiki takhta,
Seorang Presiden sebuah negara,
Seorang Ulama' yang mulia
Seorang Peguam yang menang bicara,
Seorang Penulis terkemuka ,
Siapa saja menjadi dewasa ,
Sejarahnya dimulai oleh,
Seorang GURU biasa,
Dengan lembut sabarnya ,
Mengajar tulis-baca.

Sejarah Sambutan Hari Guru
Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama. Bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober. Di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan Hari Guru yang pertama diadakan pada tahun 1918.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU 

No comments :