quality content once in a decade

13 February 2013

We Love Cornell Notes - Said no one ever

No comments
  Pada tanggal 22 Januari 2013, telah berlangsung suatu ceramah yang kononnya boleh memberikan ktorang pelajar-pelajar Tingkatan 3-5, SBP Integrasi Gopeng suatu kesedaran dalam diri untuk terus belajar. Namun selepas berlangsungnya ceramah itu kami dapati apa yang kami perolehi hanyalah lirik lagu Hello dan Knife. Anda mungkin tak tahu lagu apakah ini kerana lagu-lagu itu adalah lagu jiwang klasik yang hanya dilayan oleh 'Daddy' iaitu penceramah terbabit.

  Ceramah yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu sangatlah membosankan kurang menarik sehinggakan hampir 70% pelajar tertidur semasa sesi ceramah itu berjalan, termasuklah diri penulis sendiri. HAHA. Dari segi isi yang disampaikan, zero! Takde isi langsung. Sembang sorang je 'Daddy' tu. Dari segi penyampaian, sangatlah kurang efektif. Daddy bagaikan marah apabila dia menge-sound pelajar-pelajar yang tidur secara halus dan berhemah.

gambar hiasan


  Pada slot yang pertama, Daddy telah memperkenalkan sebuah sistem penulisan nota yang dikenali sebagai 'Nota Cornell'. Nota ini dibuat dalam satu kumpulan 5 hingga 7 orang dan setiap seorang hanya perlu membuat nota untuk satu tajuk dan maka mereka akan bertukar-tukar nota tersebut dalam kalangan ahli kumpulan tersebut. Tidak faham? Baca balik dan fahamkan. Cara cornell yang dikatakan baru oleh Daddy ini sebenarnya telah lama digunakan, iaitu sejak zaman cikgu2 sekolah lagi. Cara yang baru ialah mindmapping lah Daddy...

  Pada slot keseterusnya, Daddy telah mengadakan program 'How to improve your English' or whatsoever the title lah! Daddy akan memainkan lagu-lagu jiwang classic english (Hello dan Knife) dan menyuruh kami menyalin lirik-lirik lagu tersebut, like, dafuq? Apa yang kami dapat improve kalau salin lirik? Jika ktorang tak salin habis, dia akan ulang lagu-lagu tu walaupun dah sepuluh kali ulang. Sementara kami salin tu, Daddy pun karaoke lah lagu tu. Then, Daddy suruh kami translate lirik lagu tersebut kepada BM. Lagilah, tak faham apa motifnya. HUHU.



Dua lagu yang kami ingati hingga ke hari ini.

  Slot ketiga pula dikendalikan oleh seorang bekas calon SPM yang mendapat 10A dan belajar di China/Jepun kot (antara dua negara tulah). Tak ingatlah nama dia. Sorry ye bang, hehe. Kononnya nak ceritalah macam mana dia berjaya, macam mana nak berjaya macam dia dan macam mana nak dapat straight A or whatsoever. Yah, as I expected, sembang sorang. Pelajar-pelajar masing-masing terbuai lena dek keindahan mimpi. Adalah juga pelajar yang tak tidur dan memberikan fokus. Aku tabik lah kat diorang sebab boleh sampai ke tahap itu.

  Slot keempat aku tak pasti apa aktivitinya, tapi banyak orang karaoke. Tu kot sesi terakhir ceramah tu. Ramailah karok lagu-lagu yang ada dlm lappy Daddy tu. Maher Zain lah, Malique lah, Black lah, Selena Gomez lah, Demi Lovato lah. Macam-macam. And siapa yang participate tu Daddy bagi RM10 sorang. Banyak betul duit Daddy ni. Haha. Persembahan duet oleh Harith (@HarithNasr) dan Luqman (@LuqmanAR2) yang mendendangkan lagu Teman Pengganti telah mendapat tepukan yang gemuruh dek kerana kelantangan suara dan vokal mereka.

  Maka berakhirlah sesi ceramah bersama Daddy dan krew2 produksinya. Kami rasa kami telah burn satu hari tu dngan perkara yang tidak memberi manfaat. Namun, Daddy memberitahu sekolah kami adalah antara sekolah yang banyak memberi respons terhadap ceramahnya. Kalau macam tu, bayangkanlah sekolah lain macam mana kan. So, sampai sini jelah pengalaman sehari aku pada hari itu. Wassalam.

No comments :