Syamil Hafiy

14 March 2011

I Miss My Old Life

4 comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratu Waridhwanu,

Apa khabar penduduk kampung sekalian! Sihat tak? Kalau demam tu makan ubat, banyak-banyakkan berehat. Kuang3x <<-- Nasihat Dr. Syamil Hafiy

Taktaulah nak cakap tulis apa lagi. Minda aku tengah kosong gila sekarang ni. Nak pikir kerja sekolah, nanti2 boleh buat. Nak pikir kerja, aku ni budak2 lagi. Nak pikir kawan2, setiap masa ada dalam ingatan. Haha. Takde apa kot nak citer. Cuma, aku memang rindu gila zaman sebelum Form 3 ni. Hadoii, pening kepala aku nak memikirkannya.

Rasanya kehidupan Form 3 ni kehidupan paling bosan. Study, stress, study, stress. Dah tak banyak kebebasan macam tahun-tahun lepas.

Dah tak boleh main DotA. Map DotA pun aku dah taktau sampai berapa sekarang. Dengar citer banyak hero baru. Nak main gak duhhhh ! Aku rasa macam katak di bawah tempurung!! ARGHH !


Sekarang pun dah tak boleh hangout selalu. Asrama pun balik 2 minggu sekali. Kehidupan kat asrama pun semakin hari semakin membosankan. Setiap hari buat benda yang samaaaaa je. Kat rumah pun dua kali lima jer. Dah macam semut dah aku ni.

And, and, and ... Aku dah tak update lagi pasal Naruto Shippudden ! Dulu best jer dapat download Naruto Shippudden setiap minggu sebab setiap minggu ada episod baru. Sekarang ni jangan harap ar. Balik rumah pun tidak, lagilah nak download. 


Dulu syok jer, balikbalik sekolah terus tengok anime, citer Slam Dunk, Yu Yu Hakusho, Sergeant Keroro, Dragonball dan lain-lain kat channel Animax. Sekarang ni Animax citer merepek-repek. Tak taulah apa nak jadi. 


Oh mannn! I hope I got my old life back.

4 comments :

FatimahZahra said... Reply To This Comment

animax da banyak cerita korea skrg

Syafiqa said... Reply To This Comment

HAHA , saba-2 . Bese org nak amek pmr en .. Kne ade byk pngorbanan sket , kankan ? Btw , smoge pgorbanan kau tu mmbuahkan hasil and bjaye dlm PMR *ecehh , asal ak wish awal ni ? Tapi tape , ade mood baek skrg - Err , ape ak mlalut ni ? Sorry-2 , Study smart yeahh ! :)

Deqna said... Reply To This Comment

haha me too :)

Syamil Hafiy said... Reply To This Comment

@fatimah - tu laa pasal
@syafiqa - okey, thanks ^^
@deqna - yeah ;)