quality content once in a decade

01 January 2011

Annyeonghi Gaseyo 2010, Annyeong Haseyo 2011

1 comment
Google Translate: Goodbye 2010, Hello 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !

Dengan jam menunjukkan pukul 12:00 pagi waktu tempatan, maka berakhirlah tahun 2010. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang marah. Ekeke.. ada ke yang marah? HAHA. Saya nak mengucapkan selamat tahun baru kepada ibubapa, saudara mara, guru-guru, kawan-kawan, member, kenalan, dan juga semua yang mengenali diri saya sama ada di dunia realiti ataupun dunia maya. I love you all meh!

Saya di sini nak minta maaf la kepada semua orang yang mengenali diri ini kalau-kalau ada buat salah silap ke, terlajak kata ke, terguriskan hati ke, terkasar bahasa... Tolonglah maafkan saya. Setiap manusia melakukan kesilapan, kan kan kan. So, apa salahnya memaafkan insan lain. Kan bagus macam tu..

So, apa perasaan korang sekarang ni? Kita berada di tahun yang baru sekarang. I'm not believing it! WOW! Cepatnya masa berlalu kan? Dup dap dup dap jantung berdegup dari awal 2010, dah sampai tahun 2011 dah. Perggh, dengan tibanya tahun 2011, saya dengan tidak rasminya menjadi seorang form 3! Rasmi masa bulan Jun ye.. HEHE..

Azam korang camna lak yek? Dah tercapai belum? HEHE.. jangan sedih2 kalau belum tercapai tu. Boleh sambung tahun 2011 nanti. Asalkan berusaha bersungguh-sungguh. Saya punya azam dah tercapai, iaitu mempunyai kamera sendiri. Azam saya tahun depan takde kena mengena dengan benda tapi usaha. Saya berazam nak kurangkan masa menghadap laptop dan luangkan masa terluang di depan buku as I'm takin PMR this year.

my lovely cam: canon powershot a495

Banyak kenangan manis yang saya dapat masa tahun 2010. Namun di sebalik episod kegembiraan, terselit babak-babak yang menyedihkan pada tahun 2010. Ada juga perkara buruk berlaku. Hmm, malas nak flashback balik. Nanti sampai esok tak habis mengarang entri ni. Pesanan pengarang: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (apa kena-mengena? HAHA!)

Anyways, marilah kita tutup buku lama, buka buku baru. Sebab buku form 2 lain dengan buku form 3. Wakakaka. Marilah kita ubah perangai lama kita kepada perangai baru yang lebih baik. Marilah berusaha lebih gigih untuk berjaya pada tahun 2011! (Berucap macam PM jap tadi) Awwww. HAHA^^ 

Okeylah, sampai sini saja ucapan tahun baru saya. Akhir kata dari pengarang:         Selamat Tahun Baru 2011! Assalamualaikum..

1 comment :

Hamizi Azizan said... Reply To This Comment

mizi nak ajak baca

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/tahun-baru-dan-kerja.html