silence

quality content once in a decade

11 May 2014

You get what you work for

7 comments
RESULT UPU DAH KELUAR!
Perasaan masa nak check tengah hari tadi hanya Allah yang tahu.
SERAM GILA!
LAGI SERAM DARI NAK AMIK RESULT SPM!!!


Remember that last time i went to pasum interview? Yeah i really hoped to get that.

so semakan boleh dibuat pukul 12. aku saja main game waktu tu tak nak check cepat2. cuak woi! tak check twitter tak check fb semua sebab tak nak dengar langsung pasal upu.

dalam pukul 1 aku stop main. tibalah detik untuk aku check upu. mula-mula try buka laman web upu, down. then tanyalah kawan2 kat twitter and dapat satu link. apa lagi, terus bukak la kan. masa tu menggigil serious dowh! and what did i get? no i didn't get pasum.


memang mental breakdown bro wa cakap lu. aku bukan kisah pasal aku. aku risau pasal parents aku disappointed pada aku je. rasa macam failure.

aku pergi ke laman web UM and check kat situ pulak. and again all i got was disappointment.

course apa yang aku dapat? i got Diploma Mechanical Engineering at UTM, my 2nd choice in UPU. apa-apa pun dapat juga kan. Alhamdulillah.

Sebenarnya dari time sekolah lagi aku target UTM. Engineering terbaik kan kat situ. My parents yang suruh apply UM buat first choice. Yelah, siapa tak nak anaknya belajar di universiti terunggul kan? Bila dapat tahu tak dapat UM tu aku rasa macam bersalah gila.

Tapi nasib baik bila aku bagitahu my parents, diorang supportive gila! Fuhh best parents ever :)

Bila kawan-kawan aku tanya mana aku dapat, diorang cakap benda2 macam "untung" "utm kot" and I think, hey not bad at all UTM. Ingat senang ke nak dapat UTM. Alhamdulillah.


yang aku bengangnya ialah ada juga spesies manusia yang dah dapat pasum tapi mengada-ngada taknak. hrmm lantak ko lah.

28 April 2014

Right Thing At The Right Time

4 comments
There's still hope in humanity.

My friend's brother decided to sell me his Red Tour tickets to me and I still can't get over it!!!!


Timing dia memang tepat sebab aku memang tengah tunggu t-shirt Taylor Swift yang aku redeem dari peraduan Cornetto Red Tour tu. Yayyyyyy! Akhirnya usaha aku kumpul kod Cornetto ada gunanya. And thanks kepada yang membantu juga!

So result Matrikulasi dah keluar.

And I got MELAKA!!! Bebudak sekolah aku ramai gak dapat Melaka tapi Johor paling ramai lah dapat.


I'm pretty sure I didn't apply for Melaka. Aku apply Johor, Selangor dan N9 kot. Sukahati je kasi Melaka. Nevertheless, I'm still waiting for PASUM offer. Ya Allah, bantulah aku.

Result UPU pun belum keluar lagi so kerja aku menunggu jelah sekarang ni.

Sambil2 menunggu ni aku layan lah Breaking Bad. 5 season, semua aku habiskan. Memang paling gempak la citer ni. Jalan citer dia memang korang takkan jumpa di mana-mana. Original.



Walter White (Season 1) & Walter White (Season 4)

Cerita dia mcm ni, Walter White (org atas ni) seorang guru kimia dkat sekolah dia. Pada suatu hari, dia dpt tahu dia ada kanser dan ada beberapa bulan shj lagi nak hidup. So, dia nak cari duit untuk simpanan keluarga dia lepas dia mati, dengan buat methamphetamine (sejenis dadah).

Damn I miss this show.

kbye gonna cry